Tuesday 25 February 2014

MEDIUM : ACCRYLIC ON ART MARKET

In an interview article, one prominent and commercially-successful superstar British artist was asked whether the ART MARKET HAS BECOME THE CANVAS IN WHICH HE AND MANY OTHER ARTISTS HAVE PAINTED ON. He said yes.

Monday 24 February 2014

MEMINJAM 'CAHAYA' MASA DEPAN, SETIAP SEKARANG.

Kita adalah peminjam masa depan anak-anak, setiap sekarang. Adalah sesuatu yang amat indah meminjam getaran cahaya dari mereka yang cahayanya masih bersih dan belum dipudarkan. 


Bengkel "Saya Kreatif & Pintar" anjuran Orionids dgn kerjasama Balai Seni Lukis Pulau Pinang, Februari 2014.

"Atok! Atok rock la!"
Bengek "Starkids" di Pantai Remis, Perak, anjuran Orionids dengan kerjasama Kelab Astronomi USM, Yayasan Angkasa Malaysia dan Pusat Falak Perak, Januari 2014.

HIJRAH LAGI!


Perubahan adalah fitrah. Pindah, hijrah adalah lumrah, terutama yang batin. Mari kita raikan dengan doa yang baik-baik. Kebun Rupa kini menumpang di tapak yang baru. Bila telah sempurna dikemas, saya maklumkan lokasinya. Datanglah dengan getaran niat yang baik-baik juga.

Sunday 23 February 2014

REFLEKSI PASCA-KEBUN RUPA

Untuk Fina, Firdaus, Sham, Adi, Izrul, Normad, Lan dan semua adik-adik praktikal dari UiTM Sri Iskandar, nasi kandaq Pelita adalah tidak sepadan dengan budi dan pertolongan yang telah dihulurkan. Terima kasih kerana menolong saya memindah segala harta-pusaka ilmu di Kebun Rupa ke rumah teres sewa saya.  Ia suatu kerja berat yang boleh mematahkan tulang empat-kerat, tetapi selamat dilaksanakan tanpa sebarang insiden mahupun accident. Kepada Mamu Norhelmi yang sudi singgah bersama puterinya, Paiman yang singgah selepas defend Phd proposal, juga Taufik yang mengintai, terima kasih kerana sudi jenguk.  Saya kini sedang bergelumang dengan lambakan kotak-kotak berisi buku dan segala jenis bahan rujukan yang perlu disusun-semula. Isteri dan anak-anak yang supporting dan sporting turun padang untuk bantu.

Pengunjung rasmi terakhir Kebun Rupa adalah rombongan dari NAGA (National Art Gallery of Singapore) diketuai Pengarahnya Dr.Eugene Tan, bersama para kuratornya, Shabir, Syed dan sorang lagi yang saya lupa namanya.  Sebelum ini berberapa kurator NAGA yang lain juga pernah singgah. Mereka ada bertanya beberapa soalan menarik tentang Kebun Rupa dan juga MGTF, tapi soalan dan jawapannya hanya boleh saya kongsi secara lisan dengan insan-insan terpilih je ye. Sori. Ada juga pengunjung lain tanya, "Pengarah, para kurator dan ilmuan dekat-dekat tak singgah ke Nol?"

Menumpang ruang untuk membenih, membaja dan menyuburkan Kebun Rupa adalah satu 'action research' yang amat berguna untuk saya. Pada saya, dapatannya amat bernilai, walaupun ia tidak melibatkan penyelidikan yang memakan kos hingga beratus-ratus atau berjuta ringgit duit rakyat.  Saya juga tidak perlu menunggu untuk membentangkan dapatannya dalam seminar, konferensi dan jurnal berwasit semata-mata untuk mengesahkan ianya ilmu yang berguna.

Saya amat bersyukur. Bak kata Atok saya, semuanya "bagus, bagus, bagus".

Saturday 22 February 2014

"SETIAP SEKARANG"



Doa dari saya, isteri, anak-anak dan keluarga untuk Bapak dan Bonda dan semua hero dalam hidup kita. Diiringi bunyi latar malam dengan nyanyian cengkerik di Kebun Rupa.



Tuesday 18 February 2014

H3R0

Salah satu denai terbaik untuk mengenal diri adalah dengan menghargai 'Hero" yang dekat dengan diri kita. Ini versi 'superman' dan 'wonderwoman' saya, hasil arahan Anderson Ee. Saya tak tau kenapa Andy bersemangat nak buat video pendek ni, sejak tahun lepas. Saya tanya dia, dia jawab dalam bahasa Star Wars, "the force is strong". Terima kasih la Andy, kerana memaksa-rela saya kembali-semula ke dunia video naratif yang telah lama dipinggirkan. Memang betul, the force is strong, kerana kita semua kroni-kroni nepotisme yang terdiri dari saya, isteri, Delly, Zarif dan Nina (Mia sekarang di UiTM Sri Iskandar), semua terasa terpanggil sama-sama menjadi pelakon dan 'bangla' tak bergaji untuk menyiapkannya. Saya amat menghargainya. Begitu juga dengan wonder team dari ASWARA, bekas anak-anak buah Andy, yang buat kerja macam dapat gaji beribu-ribu. 

Superman saya kini uzur (baru lepas kena heart attack). Tolongla doakan kesihatan dan kesejahteraan dia. Jiwa saya rasa nak terbang jumpa dia, tapi jasad saya terpaksa melayan kerenah 'arahan' berambus dari Kebun Rupa, tempat saya menumpangkan buku-buku dan segala bahan rujukan, dan juga berkarya. Segalanya kita pinjam je. Semuanya adil, Allah Maha Adil.

Hidup adalah sebuah anugerah yang dipinjamkan sementara, suatu perjalanan yang indah. Senyumlah kepadanya. Kepada semua, salam kasih. Saya tak mewah wang ringgit, jadi cuma dapat balas dengan doa dan ucapan, "may the force be with u".

Selamat menikmati video pendek ini, sambil panjangkan doa yang baik-baik untuk hero-hero dalam hidup kita.  

Klip video muzik "Setiap Sekarang' nyanyian Ainina (inspirasi dari 'Hero'), bakal menyusul.

Thursday 13 February 2014

SEMUANYA KITA 'PINJAM' JE.


Ada yang bertanya, kenapa saya buat projek video pendek "HERO" dan klip video "Setiap Sekarang" sejak awal tahun 2014 ni. Saya tak reti nak jawab. Projek video pendek "HERO" berdasarkan blog entry dalam Jiwa Halus ni, itu pun Anderson Ee (Andy) yang sibuk nak buat dari tahun lepas lagi. Saya tanya dia, "awat hang sibuk nak buat benda ni?" Dia pun tak tau, cuma sebut, "the force is strong", biasalah Andy dengan saya selalu guna bahasa "Star Wars". Semuanya berlaku tanpa paksa, termasuk lagunya. Memanglah sedap ambil kredit, tapi akhirnya, semua ide, termasuk 'driving force' untuk berkarya, kita pinjam je dari Yang Maha Arif.

Alhamdulillah, sempat juga dirakamkan secara 'live' lagu "Setiap Sekarang" nyanyian penyanyi pujaan saya, Ainina (anak saya!!) di Kebun Rupa sebelum diperintahkan berambus dari tempat tu. Ini klip video budget ciput dan DIY, tanpa sebarang mixer mahupun perkakasan lampu canggih. Settingnya ringkas, Ainina menyanyi live di depan slaid-slaid powerpoint. Sekali take dari satu kamera, tak payah nak edit banyak. Dirakamkan live tanpa mixer canggih menyebabkan kualiti bunyinya pun boleh membuatkan penonton dan pendengar kasihan, sesuai dengan mood yang ingin dihasilkan oleh lagunya. Tapi kalau ada rezeki, mungkin minggu depan cuba pakai bilik rakaman di Dewan Budaya. 

Nasib baik dapat 'tangkap' Aiman, pelajar tahun tiga Rekabentuk Media Baru dengan kamera mahalnya (RM11,000 secara tepat) ihsan bapak dia yang pemurah. Zaman sekarang, pelajar lebih kaya dari pensyarah. 

Lagu pun lagu simple, dengan chord-chord tadika yang harapnya boleh dinyanyi bersama oleh budak-budak kecil sampailah ke orang tua. 

Klip video ini persis duet saya dengan Nina. Tapi, saya bersuara menerusi powerpoint (medium untuk mengajar dan bentang kertas kerja, sesuai dengan profesion saya), Nina dengan nyanyiannya. Paparan visualnya berdasarkan video pendek "HERO" yang diusahakan dengan Andy. Cuma, sengaja dipilih imejan pegun untuk elak persamaan dengan video tersebut.  Video pendek "HERO" juga telah siap diadun oleh Andy. Maaf, takda tayangan perdana, kerana kami takda cable dengan Perdana Menteri mahupun Proton Perdana.

Klip video kamera pinjam, tempatpun pinjam tumpang, semuanya sementara. Tapi yang lebih menarik, intipati "Setiap Sekarang" juga berkait dengan segala yang sementara (dan dipinjam), terutama harta-benda. Kita cuma tukang jaga atau pegang amanah.

Namun, soalan yang paling cepumas sekali yang perlu ditanya - Apakah pusaka amanah peninggalan yang paling berharga (tak boleh dibeli dengan wang-ringgit), yang dipinjamkan oleh Allah menerusi kedua orang tua kita?

Tunggulah kemunculan klip video low-budget ini di youtube berhampiran anda!!!

(untuk menonton klip muzik video, klik):
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/02/setiap-sekarang_22.html 


BERAMBUS KAU DARI KEBUN RUPA!

Semasa sedang memuliakan ruang Kebun Rupa dengan kuliah kecil untuk beberapa orang pelajar praktikal, tiga orang 'pak guard' mengiringi 4 orang juak-juak untuk meninjau, mengambil gambar dan menyuruh saya berambus dari Kebun Rupa sebelum 17 Februari (Ahad ini!). 

Seorang pegawai masuk ala CIA, ambil gambar buku-buku dalam Kebun Rupa dan menegur saya kerana bertanya banyak soalan. Maaflah bang, kenalah tanya, saya kan ke tuan rumah.  Seorang lagi jenuh dijemput duduk, punyalah ketat dan berat macam tak reti nak beradab bila bertandang ke tempat orang.

Kenapa tak bawak je UTK bersarung kepala siap dengan M16 sekali?

Saya kan ke menumpang, kalau disuruh keluar, saya keluarlah, takpa. Saya faham. Saya pun dah setahun menumpang, naik segan juga. Tempat ni pun bukan harta peribadi saya. Saya cuma tumpang letak buku-buku, DVD koleksi seni video dan pelbagai bahan rujukan, untuk sesiapa yang minat nak buat kajian. Tak payahlah kecoh bawak pak guard sampai tiga orang, macam lah saya ni orang tak bertamadun, tak reti nak keluar bila disuruh. Saya pun pernah juga berjasa dgn universiti ni, sekurang-kurangnya bagi tau lah elok-elok dan awal-awal.  Manalah sempat saya nak clearkan Kebun Rupa dalam masa 5 hari.

Anyway, takpa, saya faham, dan terima kasihlah bagi saya hiburan dan drama petang yang menarik. Anda semua menjalankan tugas, bak kata Abang CIA, "saya dapat arahan!!"

Saya pun dah lama bercadang nak tutup kedai Kebun Rupa ni. Walaupun ada beberapa orang hebat-hebat pernah singgah, para pelajar jarang pakai atau menggunakannya. Mungkin sekarang ni, mereka pakai google je. Tak payah nak pi mengadap guru lagi, buat susah je.

Jika Allah izinkan terjadi, maknanya ni semua rezeki saya. Mesti ada sesuatu yang baik di sebaliknya, kenalah berbaik sangka dengan Allah. Ikut tasbih Tok Syeh saya, semuanya, "bagus, bagus, bagus...." 

Lagipun, segalanya, termasuk nyawa, kita cuma pinjam je. Saya amat bersyukur dapat memanfaatkan Kebun Rupa setakat yang mampu sepanjang ia dipinjamkan.

Terima kasih tak terhingga pada semua yang telah menghidup dan memuliakan Kebun Rupa selama ini. Kebun Rupa selepas ini mungkin hanya ada dalam kepala saya je la agaknya.  

Tautan berkaitan :

Saturday 8 February 2014

KLIP VIDEO MUZIK UNTUK "HERO"

Saya sedang menyiapkan lagu "Setiap Sekarang" dan klip video muzik untuk "Hero" (bersama Zumi, yang kadang-kadang suka datang menyibuk). Doakan lah ye, hasilnya mendatangkan banyak kebaikan untuk semua manusia.  InsyaAllah, akan dapat diakses dalam youtube kelak. Maaflah ya, kalau tak dapat layan handphone, facebook, email  atau sebarang ejen komunikasi sejak awal tahun. Sekali-sekala perlu beruzlah, agar hasil yang diusahakan lebih afdal dan cukup rasa. 

Tautan ke klip video muzik:


KENA PERLU BERBUAT BAIK PADA KEDUA IBU-BAPA?

Bapak pesan (telefon) dan bacakan terjemahan ayat-ayat berikut, suruh saya salin.

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk, sebuah negeri, Kami perintahkan lebih dulu orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat) lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya. Berhaklah negeri ini dibinasakan lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya."
Al-Isra' (17), ayat 16

"Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharan mu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar walaupun perkataan eehh! Dan janganlah kamu menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan doakanlah untuk mereka dengan berkata,wahai Tuhanku, cucuri rahmat pada kedua mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidik kamu semasa kecil"
Al-Isra'(17), ayat 23. 

Memberi amaran tentang kebinasaan penduduk dan kehancuran negeri akibat sifat melampau, tamak (dengan kemewahan), derhaka dan maksiat, DAN 
ingatan untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa. 

Apa kaitannya?.....carilah sendiri, insyaAllah jumpa.


Thursday 6 February 2014

TAPAK TINGGALAN WARISAN BONDA

Jam Tinggi condong bukanlah satu-satu ikon Teluk Intan, saya pun ada ikon peribadi, yang dah dilupuskan hingga buat hati saya condong. Tinggalan warisan Bonda, lambang emansipasi wanita kampung Melayu berhijrah ke bandar untuk menanam dan menyuburkan legasi niaga dan jenama JAMALIAH NOORDIN, kini tinggal tapak. Ia sudah dilupuskan oleh seekor binatang bernama keMAJUan (yang tak memBANGUNkan jiwa). Sekarang dah jadi Teluk Intan Square, agaknya untuk mat-mat dan minah rempit lepak, atau untuk pesta, karnival, bazar, konsert, atau sesekali bila rasa berdosa, ceramah agama.


BALIK SEKOLAH UNTUK 'HERO'

Saya kembali ke SRK Horley Methodist Teluk Intan untuk shooting HERO. Surreal. Segalanya nampak kecil, walaupun dalam memori, segalanya besar. Dewan serbaguna yang juga tempat bapak mengajar kelas agama, dulu pada saya besar bagak. Bila kembali semula, nampak kerdil. Flashback datang macam banjir. Saya nampak cikgu-cikgu lama dan kawan-kawan sekolah dulu. Fuhhhhh. Lokasi kejadian saya dirotan pun masih berbekas. 

Cuma spoil sikit, guru besarnya sibuk mengingatkan kami untuk berambus sebab dia dah nak balik dan kunci segala pintu sekolah. Tak sempat nak kenyang buat rakaman. Tapi salah saya juga yang kurang ajar, main redah je masuk, tak bawa surat rasmi mohon kebenaran, macam Bapak saya punya sekolah. Tapi masa kecil, memang saya kata "ini sekolah Bapak aku!!!" Nasib baiklah guru besar layan dengan baik.

"Bangun!!! Terima kasih, cikgu"

Talent pun tak dapat feel, tambah pulak dia dah kahwin dengan handphone dia, tengah shooting layan handphone!! Artis la katakan.

Anyway, syukur, akhirnya dapat tunjuk anak-anak tempat saya bersekolah. Pada mereka, "sekolah Abah old school la!!!"


DI BALIK TABIR 'HERO' - BAHAGIAN 2

Sesi rakaman 'Hero' di Nilai, Negeri Sembilan, amat bernilai, kerana dua bintang utamanya (HERO) telah memberi kerjasama yang sangat 'cool', walaupun tidak mendapat bayaran beribu ringgit. Saya dan keluarga sampai ke Nilai pukul 7 pagi, setelah bertolak dengan kereta jam 2 pagi dari Pulau Pinang sebelumnya. Lepas sarapan, kami terus shooting.  Saya postpone mengantuk saya.

Bonda ketawa besar melihat gelagat Zarif Zaharul melakonkan watak Bapak. Bila ditanya, "serupa tak macam Bapak masa muda dulu?", dia kata, "memang macam Bapak kamu dulu!". Bila ditanya tentang Delly , Bonda kata "adalah iras-iras, terutama pada celak mata". Casting choice dah dapat green light, restu dan perakuan. Ditunjukkan juga production stills yang lain, dia kata ok, terutama shot di tepi sungai. Shotnya mengingatkan dia pada zaman di Pasir Salak dan hijrah dia ke Teluk Intan, yang perlu menyeberang sungai. Syukran. Bapak pun happy, dia kata, "ni kena bayor lebih ni!".

Rakaman dibuat di rumah Kak Nyah dan Abang Ibrahim yang sporting dan sanggup mengizinkan rumahnya di tonggang-langgangkan oleh krew tak bergaji. Bukan setakat tu saja, mereka siap jamukan makan tengah hari menu Perak piyor, juga minum petang, sebelum saya terpaksa terbang ke alam mimpi pendek kerana terlalu mengantuk dan letih.

Malamnya, saya rakam Bapak berselawat dengan Soundcloud. Fuyooo, Bapak ada track wooo dalam Soundcloud, dah jadi atok hipster! .

Andy dah buat rough cut, tapi belum betul-betul dapat feel lagi. Saya kena turun tolong. Sementara tu saya dah siap buat lagu, dan sekarang tengah prepare untuk shooting video clipnya. Penyanyinya siapa lagi kalau bukan Nina! Hidup nepotisme!

Mari kita raikan 'hero-hero' dalam hidup kita, yang membawa kita bertemu dengan hero dalam diri.

Production meeting campur berangan
Shooting adegan 'air dengan minyak'
"Air dan minyak" versi terkini
Bapak versi muda dan versi terkini
Rakaman Bapak berselawat


http://hasnulsaidon.blogspot.com/2014/01/balik-tabir-bapak-making-of-bapak.html


DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...