Monday 12 June 2017

3 TAHUN DAH BAPAK PINDAH


DAH 3 TAHUN

"Tuhan... Mana mungkin aku tidak merindui suara itu.  Suara lunak itu mengazankan kelahiran ku. Suara qari itu mengajar ku seni berlagu. Suara guru itu lantang mendidik ku di sekolah dulu. Suara merdu itu sering mengimamkan solat jemaah ku di rumah di masjid.  Suara khatib itu menyampai khutbah solat jumaat ku. Suara syahdu tuan guru itu kerap mengisi kuliah subuhku. Sore tadi...tenungan sayunya, genggaman lemah tangannya seolah ingin membisikkan sesuatu. Namun suara emas itu masih tidak berdaya dilontarkan. Tuhan... Mana mungkin tidak aku merindui suara itu."

Zaharul Lailiddin B Saidon.


"Bapak saya selalu ingatkan, org yg paling kuat ialah org yg paling sabar dlm menahan nafsunya."


"Dalam ruang ni lah dulu, sekitar 70an, bapak saya mengajar. Dia mengajar sepenuh jiwa raga. Memang dia garang, tapi bertempat & dipacu oleh rasa kasih dan belas yg dalam terhadap anak2 murid dia."


"Bapak saya pernah mengajar di sini, di ruang ini, sekitar 70an dulu. Saya sendiri pernah belajar di sini. Bila saya lihat bapak saya meniti hari-hari terakhir dia terlantar di katil hospital dgn sabar, byk soalan menyerang minda saya sampai hati saya sgt penat. Apa sebenarnya yg saya cari dan kejar sangat selama ini? Ijazah, jawatan, gelaran, pangkat, rumah dan kereta besar, pujian, anugerah manusia, kekayaan, kemasyuran dan segala benda yg boleh disukat-sakat, dibanding2, dikira dicongak? Itukah yg mentakrif siapa saya? Itukah asas kesejahteraan dan kebahagiaan? Akhirnya apa yg sebenarnya penting dlm hidup ni? Apa sebenarnya pelaburan yg berterusan? Cukupke bekalan yg ada? Minta maafla ya."


Assalamu'alaikum Bapak. 3 tahun dah Bapak pindah. Sini redup.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...