Sunday 4 June 2017

TENAGA KUANTUM

Fikiran dan perasaan kita saling bertaut, yg secara kolektif membentuk medan tenaga yg melingkari hidup kita sbg sebuah komuniti, masyarakat, lokal dan global. 

Apa yg kita PILIH utk fikir dan rasa secara kolektif pd setiap detik, akan membentuk apa yg kita alami secara kolektif pada setiap detik, dan masa depan. 

Alangkah bagusnya jika tenaga yg dibazirkan utk kutuk-mengutuk, sindir-menyindir, hentam-menghentan, maki-hamun, umpat mengumpat, viral-meviral & bahan-membahan digunakan utk mendoakan yg baik2 utk kesejahteraan diri, keluarga, semua manusia, semua makhluk dan seluruh alam. 

Fokuskanlah tenaga kuantum (fikiran dan perasaan kita yg saling-terpaut itu) ke arah menghasilkan medan tenaga yg sejahtera utk persekitaran kita.  

Sekian pesanan khidmat masyarakat tanpa penaja. 

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...