Monday 7 May 2018

RINTIS 2018 : WAN NUR AWATIF

Mencari masalah tak sama dgn menyelesaikan masalah. Menunding pd punca masalah tak sama dgn berdepan dgn cabaran menyelesaikannya. Fokus pd masalah boleh buat kita tidak nampak penyelesaiannya. Adakalanya, punca masalah itu sendiri adalah punca penyelesaiannya. Ini Wan Nor Awatif. Masalah beliau yg pertama ialah bagaimana mahu menyegarkan-semula tradisi permainan rakyat dikalangan anak2 zaman 'gadget'? Masalah yg kedua ialah  bagaimana mahu membiasakan anak2 aktif bermain (yg tidak gemar matematik) dgn aktiviti mengira, tanpa paksa? Masalah ketiga ialah bagaimana dapat direka satu seni instalasi media baru yg mesra-insan & komuniti, dan pada waktu sama, berguna dan bermanfaat secara fizikal, mental dan emosional? Wan Nor Awatif cuba mengusahakan jawapannya menerusi rekaan yg memakai formula berikut : Tradisi permainan rakyat + teknologi interaktif + rekaan yg menarik + latihan matematik = belajar sambil bermain dgn ceria! Otak yg ceria adalah otak yg sihat dan mudah menerima ilmu. Begitu juga dgn jasad fizikal yg cergas! Sambil tu, tradisi juga dihargai. Caya la Awatif, lu 'Sejahterawan Kreatif' yg rock!!!! #pusatpengajianseni #usm #rintis2018 #belasinsan



No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...